Jadual waktu kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dapat dimuat turun di Laman Web ini. Sila layari Laman Web FY4 untuk mendapat maklumat dan pengumuman yang terkini , kekerapan tuan/puan ke web ini amat kami hargai .
Sekian terima kasih .
Berita ini ditulis oleh : Webmaster Pn Soong SJKC Foon Yew 4
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Bimbingan Individu
- Bimbingan Kelompok
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok - Kaunseling Berfokus
Perkara-perkara yang boleh dibincangkan termasuklah isu peribadi , akademik , keluarga , teknik belajar berkesan, pengurusan masa, pengurusan stres, inventori personaliti dan pelbagai lagi perkara yang
anda ingin bincangkan bersama guru Bimbingan & Kaunseling.
Sekiranya murid-murid atau ibu bapa yang memerlukan bantuan boleh berjumpa
terus dengan GBK di Bilik Bimbingan & Kaunseling tetapi
anda perlu mengisi borang temujanji terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan percanggahan jadual/masa.
Borang-Borang temujanji boleh diminta dengan guru darjah atau mengambil di pintu depan Bilik Bimbingan & Kaunseling . GBK sedia membantu dan sudi mendengar isu-isu yang anda mengalami .
Berita ini ditulis oleh :
Pn Soong Ai Lean ( Guru Bimbingan & Kaunseling )